Sunday, January 17, 2010

seorang chargeman bertemu pengurus kilang fishball.

ditengah kota kosmopolitan ini aku menemui beliau.seorang tauke fishball dengan perusahaan sendiri.melihat kilangnya memang sesuatu yang membanggakan.mengutamakan nilai kebersihan dan halal trademark.inilah pengusaha yang hebat tetapi tidak melupakan pencipta manusia yang lebih hebat.jarang jarang kutemui.

bagaimana saya mendapat berita beliau menyumbangkan sebahagian pendapatannya untuk mereka yang memerlukan itu adalah cerita saya.tak wajar saya bercerita disini.
petang hari minggu yang lepas saya berkesempatan berbual dengannya.saya memuji perusahaannya sebagai menandakan inilah sewajarnya perusahaan orang melayu yang berjaya ditengah tengah kekayaaan bangsa lain.

ulas beliau.
ini adalah kejayaan dunia yang tak senilai mana.Allah memberinya sebagai wakil dan penama sementara untuk memiliki sedikit dari kekayaannya.sebagai wakil sementara untuk mengurus pemberian Allah ini beliau sewajarnya memandang kedepan kebelakang kekiri dan kekanan dan mengagihkan kepada sesiapa yang memerlukan.selebih dari itu beliau akan memastikan perusahaan nya menjadi bertambah maju dan jaya supaya lebih banyak insan yang mampu berkongsi sedikit dari harta diatas mukabumi Allah ini.
bila kita meninggal dunia kesemua kekayaan ini akan ditinggalkan dan beliau akan pergi hanya dengan kain putih yang nilainya hanya beberapa puluh ringgit.
dan selepas itu bermulalah kehidupan yang kekal.nikmat atau sengsara.sebab itu pesan nabi orang yang bijak ialah orang yang selalu ingat mati dan orang yang bersedia untuk hidup selepas mati.

saya termanggu sebentar.mencari jawapan,kenapa pemikiran seperti ini tidak tersemat jauh dilubuk hati saya.

No comments:

Post a Comment