Sunday, January 24, 2010

chargeman dan chargewoman, pemboceng motosikal

menunggang motosikal sambil menghirup udara segar adalah nikmat yang harus dikongsi dengan orang lain.dikiri dan dikanan adalah laut sejauh mata memandang.satu lagi nikmat mata yang harus disyukuri.melihat keindahan dan kedamaian alam ciptaan tuhan mengalir kemata hati betapa kerdilnya kita.betapa kita selalu mengharap sepanjang perjalanan ini adalah laluan yang selamat.
inilah 20 minit pertama setiap hari yang saya lalui sebelum sampai ketempat kerja.dah berpuluh tahun begini.selalunya otak dah mangli dan pandangan juga beku.tak dak yang istimewa yang boleh menyentuh pandangan mata yang boleh memberi signal ke mata fikiran.

sesekali pun ada ,selalu pun ada ada ,motosikal dan pemboceng wanita yang menunjukkan lurah punggungnya dan warna seluar dalamnya memotong perlahan.dan bagaikan tarikan magnet beberapa buah motosikal dibelakang melajukan daya pusingan rodanya untuk mengejar show percuma.fuuh dunia oh dunia.kita selalu memandang kecil, dosa menampakkkan seluar kecil dan lurah punggung itu.wanita memang seorang yang mampu meng "chargeman "kan dunia lelaki.
setiap mata memandang ,setiap nafsu terangsang itu adalah dosa.
meremehkan dosa kecil akan membesarkan nilai dosa.apatah lagi kalau berbangga dengan maksiat yang dilakukan.
wahai manusia!apakah nikmat tuhanmu yang hendak kamu dustakan.nafas yang kamu pinjam.kecantikan yang kamu pinjam.seksi tubuhmu yang dianugerahkan. punggungmu yang mampu kamu rasai nikmat duduk dan berehat.

carilah makna hidup ini kerana ada satu lagi hidup yang lebih panjang yang akan ditempuh.
seorang chargeman juga akan ditanya.
seorang charge woman juga akan disoal.

Sunday, January 17, 2010

seorang chargeman bertemu pengurus kilang fishball.

ditengah kota kosmopolitan ini aku menemui beliau.seorang tauke fishball dengan perusahaan sendiri.melihat kilangnya memang sesuatu yang membanggakan.mengutamakan nilai kebersihan dan halal trademark.inilah pengusaha yang hebat tetapi tidak melupakan pencipta manusia yang lebih hebat.jarang jarang kutemui.

bagaimana saya mendapat berita beliau menyumbangkan sebahagian pendapatannya untuk mereka yang memerlukan itu adalah cerita saya.tak wajar saya bercerita disini.
petang hari minggu yang lepas saya berkesempatan berbual dengannya.saya memuji perusahaannya sebagai menandakan inilah sewajarnya perusahaan orang melayu yang berjaya ditengah tengah kekayaaan bangsa lain.

ulas beliau.
ini adalah kejayaan dunia yang tak senilai mana.Allah memberinya sebagai wakil dan penama sementara untuk memiliki sedikit dari kekayaannya.sebagai wakil sementara untuk mengurus pemberian Allah ini beliau sewajarnya memandang kedepan kebelakang kekiri dan kekanan dan mengagihkan kepada sesiapa yang memerlukan.selebih dari itu beliau akan memastikan perusahaan nya menjadi bertambah maju dan jaya supaya lebih banyak insan yang mampu berkongsi sedikit dari harta diatas mukabumi Allah ini.
bila kita meninggal dunia kesemua kekayaan ini akan ditinggalkan dan beliau akan pergi hanya dengan kain putih yang nilainya hanya beberapa puluh ringgit.
dan selepas itu bermulalah kehidupan yang kekal.nikmat atau sengsara.sebab itu pesan nabi orang yang bijak ialah orang yang selalu ingat mati dan orang yang bersedia untuk hidup selepas mati.

saya termanggu sebentar.mencari jawapan,kenapa pemikiran seperti ini tidak tersemat jauh dilubuk hati saya.

Saturday, January 16, 2010

hidup ada masanya semanis dadih.


dadih segar mewarnai peti sejuk rumah saya.stock untuk satu hari.itulah keistimewaan dadih segar ini.rasa yang susah untuk dilupakan.pasarannya meliputi dari pulau ke tanah besar.dan inilah partime yang berbaloi.lakukan hobi yang anda minat dan hobi itu memberi anda wang besar.maknanya jika tidak menghasilakn pulangan yang berupa wang kecil atau wang besar sekurangnya anda gembira dengan kerja buat hobi anda.
inilah sebahagian perjalanan hidup saya.cari wang dan belanjakan wang tersebut untuk yang lebih bermanafaat.
tetapi yang juga menghiburkan hidup saya ialah sekurang kurangnya dua orang yang kehilangan kerja akibat dari serangan sunami ekonomi kini menjadi pengusaha dadih dan selesa dengan hidup mereka.
ini bermakna walaupun saya adalah peminat wang besar ,saya juga punya jiwa yang besar untuk berkongsi dengan mereka yang bermasalah yang mungkin bernasib baik bertemu dengan saya.tunjukkan kesungguhan anda.insyaaalah saya akan menghargai seadanya.
saya ingin berkongsi dengan anda dengan berita gembira bahawa saya pernah menikmati zaman gemilangnya jualan dadih saya iaitu melebihi 200 pack sehari.dan seperti perniagaan lain saya juga mengalami zaman merosot jualannya sehingga 30 pack sehari.dunia chargeman yang sibuk ,adalah antara lain saya tak punya waktu untuk mencari pasaran baru.bila pasaran baru tak diteroka ,pasaran lama pula berhadapan dengan politik perniagaan.terimalah dunia ini seadanya.senyumlah dengan keenakan dan kemanisan dadih saya.
kepada anak anak muda diluar sana.jika anda mahu wang segera dan wang besar libatkan diri dalam perniagaan.jadikan hobi anda pendapatan untuk anda.insyaallah dunia akan turut tersenyum bersama anda.
dalam satu buku untuk menempa kejayaan.antara tips hebat yang pernah diberi ialah:
hidupkan impian anda
lakukan apa yang anda minat
lakukan jualan
nikmatilah kehidupan.

Thursday, January 14, 2010

dari bilik 10800 menuju ke hati seorang hafiz



perhatikan gambar di sebelah.dan mari kita kenal serba sedikit dunia karan.
dengan motto cantik untuk dipandang tapi amat bahaya untuk disentuh.
bayangkan seperti test pen yang fungsinya untuk menguji voltan biasa biasa-240 volts atau 415 volts.
indicator menunjukkan 10.8 kv iaitu bersamaan dengan 10800 volts.ia lazimnya boleh memberi sentuhan maut kepada yang berminat untuk menyentuhinya.
beginilah dunia karan.
saya pernah diberitahu ,kalau dieja dalam huruf jawi kaf,ra, nun.terbalikkan ejaan jawi untuk karan.nun, ra.kaf.bunyinya neraka.mungkin inilah sebahagian petunjuk kepada mereka yang mahu berfikir.
andai api karan dunia pun mampu membakar seluruh anggota badan dalam beberapa saat sahaja.apatah lagi api neraka Allah.berdoalah,berusahalah semoga dijauhkan dari menjadi penghuni neraka Allah.
kesilapan bermakna letupan atau api yang membakar.melecur seperti disimbah air panas atau kehilangan nyawa.dikala ini wang besar tidak lagi menjadi keutamaan.kesihatan yang baik dan sempurna adalah nikmat yang sering dilupakan.
namun begitu tidak seperti jalanraya yang menjadi lebuh maut yang boleh membunuh puluhan manusia satu hari.dunia karan ternyata lebih selamat .dan anda boleh berbuat amal jariah sebaiknya.
dari bilik sumber bekalan elektrik,arus elektrik akan mengalir .mungkin sedang menyalakan satu mentol, menerangi seorang hafiz yang sedang membaca alquran.atau sedang memusing kipas menyejukkan seorang hamba yang sedang sembahyang malam.
terpulang pada apa yang saya dan niatkan.
itulah nilai amal.

Wednesday, January 13, 2010

belajarlah jawapan power untuk soalan temuduga

beberapa hari di sini ada pesta temuduga untuk jawatan yang perlu diisi.banyak tip tip dari pakar yang boleh dijadikan sedikit panduan untuk hadiri temuduga dan kita berjaya mendapat apa yang kita mahu.dari pakaian yang disuruh kemaskinikan sehinggalah kepada otak yang disedia rapikan.
untuk jawatan chargeman,kelemahan ketara para pemburu kerja dari kumpulan fresh chargeman ialah menjawap soalan berkaitan dengan pengalaman dan dikaitkan dengan simple solving problem.
mudahnya BEGINI
soalan: awak onduty.tetiba kilang anda atau bangunan anda electrical supply terputus.ceritakan apa yang awak nak buat.

jawapan 1:saya akan hubungi TNB untuk confirm samada terdapat masalah dengan bekalan elektrik.
kih kih dengan jawapan ini confirmed anda tidak layak untuk diambil bekerja tetapi inilah jawapan yang selalu dijawap oleh mereka yang satu gen dan sewarna kulit dengan saya.

jawapan 2:encik ,maksud encik bekalan dari TNB terputus ker.
jawapan ini juga mengesahkan anda tidak akan diambil bekerja walaupun anda kelihatan bijak untuk meneroka maksud soalan dari penemuduga.kih kih adakah anda cuba mengambil alih jawatan penemuduga.tidakkah begitu.he he he sebenarnya soalan susulan anda itu mempoyokan anda.soalan susulan itu adalah wajah pengalaman anda.

jawapan 3:encik ,saya orang baru dan tak pernah hadapi pengalaman begitu.
fuuh, tahniah.anda memang jujur.tetapi jujur saja tidak cukup untuk melayakkan anda memulakan tugas.anda perlu ada skill untuk selesaikan masalah ini.amanah dan skill adalah dua benda hebat yang perlu anda ada jika anda mahu bawa pulang wang besar.

jawapan yang realistik ialah.lu fikirlah sendiri.kah kah.

Monday, January 11, 2010

wang besar bukanlah segala galanya

tetapi dunia hari ini segala galanya perlukan wang.saya selalu ingatkan diri saya,carilah wang dimana mana pun tetapi janganlah lupa bahawa Allah sentiasa berada dimana mana .

kelmarin seorang rakan sekerja senior saya memulakan kerja dikilang baru disebuah pekan disatu daerah termiskin dinegeri kedah.dengan pengalaman yang ada dan sekeping kertas tertulis chargeman BO sekatan 11000 volts,beliau menjawat jawatan engineer disana dengan gaji permulaan rm 5800.kerana bau wangi "wang" beliau sanggup ke daerah pekan koboi untuk mempertaruhkan bakat dan skill.
sebelum ini rumahtangganya bergolak dan berakhir dengan penceraian.kerjayanya menjadi pusing pusingan,dia ditawarkan 3 bulan gaji dan meninggalkan kami dengan kenangan dan peristiwa.
saya sempat meninggalkan pesan kepadanya supaya jangan tinggalkan solat kerana itulah talian hayat terbaik antara insan dengan penciptanya.ayat ayat cinta seorang kawan kepada kawannya ,solat ialah cara terbaik untuk ucapkan thank you to Allah.

Sunday, January 10, 2010

kisah chargeman "melabur" dibilik air managing director

hari minggu adalah hari cuti untuk kilang aku.tetapi ada production tetap bekerja seperti selalu.apakah yang memotivasikan seorang pekerja untuk terus melekat ditempat kerja walaupun sepatutnya lebih enak berada ditepi tepi pantai menikmati suara ombak dan bercerita tentang planning masa depan dengan buah hati.jawapannya ialah wang.sebab itulah orang berkata bau wang adalah nikmat hidup yang mengatasi banyak perkara.

bekerja syif malam selama 6 hari didarab dengan 7 jam menjadikan waktu wajib bekerja ialah 42 jam.setiap hari overtime 5 jam. bermakna 5 x 7 x 26.2 = 917 .bermakna setiap minggu saya akan bawa pulang wang ekstra sebanyak rm 917.00.wahai anak muda diluar sana jika anda sedang mencari kerjaya untuk masa depan anda.berilah sedikit ruang untuk otak kiri anda,fikirkanlah 'chargeman'.

fikirkan sebuah kilang dan kaki anda boleh melangkah kesetiap ruang kaki persegi milik perusahaan itu.dan anda mungkin sesekali boleh berkongsi tandas lelaki atau wanita.dan jika bilik air director kilang masih perlukan aliran elektrik,jangan segan segan,nikmatilah tandas mewah itu dan simpanlah memori indah bahawa aku pernah "melabur" disana.kah kah kah.
anda adalah seperti director sebuah perusahaan