Thursday, January 14, 2010

dari bilik 10800 menuju ke hati seorang hafiz



perhatikan gambar di sebelah.dan mari kita kenal serba sedikit dunia karan.
dengan motto cantik untuk dipandang tapi amat bahaya untuk disentuh.
bayangkan seperti test pen yang fungsinya untuk menguji voltan biasa biasa-240 volts atau 415 volts.
indicator menunjukkan 10.8 kv iaitu bersamaan dengan 10800 volts.ia lazimnya boleh memberi sentuhan maut kepada yang berminat untuk menyentuhinya.
beginilah dunia karan.
saya pernah diberitahu ,kalau dieja dalam huruf jawi kaf,ra, nun.terbalikkan ejaan jawi untuk karan.nun, ra.kaf.bunyinya neraka.mungkin inilah sebahagian petunjuk kepada mereka yang mahu berfikir.
andai api karan dunia pun mampu membakar seluruh anggota badan dalam beberapa saat sahaja.apatah lagi api neraka Allah.berdoalah,berusahalah semoga dijauhkan dari menjadi penghuni neraka Allah.
kesilapan bermakna letupan atau api yang membakar.melecur seperti disimbah air panas atau kehilangan nyawa.dikala ini wang besar tidak lagi menjadi keutamaan.kesihatan yang baik dan sempurna adalah nikmat yang sering dilupakan.
namun begitu tidak seperti jalanraya yang menjadi lebuh maut yang boleh membunuh puluhan manusia satu hari.dunia karan ternyata lebih selamat .dan anda boleh berbuat amal jariah sebaiknya.
dari bilik sumber bekalan elektrik,arus elektrik akan mengalir .mungkin sedang menyalakan satu mentol, menerangi seorang hafiz yang sedang membaca alquran.atau sedang memusing kipas menyejukkan seorang hamba yang sedang sembahyang malam.
terpulang pada apa yang saya dan niatkan.
itulah nilai amal.

2 comments:

  1. saya suka entry ni! kadang kadang kita merisiko kan nyawa kita untuk orang lain. Semata mata untuk memberi orang lain kesenangan.

    tapi saya paling menyampaaaahhh sangat kalo tengah buat shutdown orang membebel panas or ikan kat akuarium nak mati. helloooo lima minit xboley tunggu ke sampai nak buat org susah hati nak fix benda laen pun xsenang.

    ReplyDelete
  2. Menarik lah sis..dari daus chargeman

    ReplyDelete