Wednesday, January 13, 2010

belajarlah jawapan power untuk soalan temuduga

beberapa hari di sini ada pesta temuduga untuk jawatan yang perlu diisi.banyak tip tip dari pakar yang boleh dijadikan sedikit panduan untuk hadiri temuduga dan kita berjaya mendapat apa yang kita mahu.dari pakaian yang disuruh kemaskinikan sehinggalah kepada otak yang disedia rapikan.
untuk jawatan chargeman,kelemahan ketara para pemburu kerja dari kumpulan fresh chargeman ialah menjawap soalan berkaitan dengan pengalaman dan dikaitkan dengan simple solving problem.
mudahnya BEGINI
soalan: awak onduty.tetiba kilang anda atau bangunan anda electrical supply terputus.ceritakan apa yang awak nak buat.

jawapan 1:saya akan hubungi TNB untuk confirm samada terdapat masalah dengan bekalan elektrik.
kih kih dengan jawapan ini confirmed anda tidak layak untuk diambil bekerja tetapi inilah jawapan yang selalu dijawap oleh mereka yang satu gen dan sewarna kulit dengan saya.

jawapan 2:encik ,maksud encik bekalan dari TNB terputus ker.
jawapan ini juga mengesahkan anda tidak akan diambil bekerja walaupun anda kelihatan bijak untuk meneroka maksud soalan dari penemuduga.kih kih adakah anda cuba mengambil alih jawatan penemuduga.tidakkah begitu.he he he sebenarnya soalan susulan anda itu mempoyokan anda.soalan susulan itu adalah wajah pengalaman anda.

jawapan 3:encik ,saya orang baru dan tak pernah hadapi pengalaman begitu.
fuuh, tahniah.anda memang jujur.tetapi jujur saja tidak cukup untuk melayakkan anda memulakan tugas.anda perlu ada skill untuk selesaikan masalah ini.amanah dan skill adalah dua benda hebat yang perlu anda ada jika anda mahu bawa pulang wang besar.

jawapan yang realistik ialah.lu fikirlah sendiri.kah kah.

1 comment:

  1. Apabila berlaku power failure:

    1) Cek bilik MSB.. Kenalpasti punca trip
    - jikalau Main supply breaker trip, kebiasaan berpunca drpd 2 masalah : Overcurrent ( amp lebih dari rated current , akan trip di IDMT ) & UVR (UNDER VOLTAGE ) trigger...

    2) kenalpasti samada breakdown berpunca drpd TNB atau drpd panel kita...

    3) jika masalah di No.1 terjadi, genset akan running...

    4) Info kat management...

    5) berdasarkan jawapan No.1:
    a. matikan semua beban , reset IDMT
    b. hidupkan beban satu persatu , cari beban yg menyebabkan trip.



    sekadar share , betulkan jika ada kesalahan :)

    ReplyDelete